Skip to main content

KL - Perlis - Langkawi

4 Ogos 2017

Seperti yang ditetapkan, pagi2 kami dah check out lebih kurang jam 8.30 pagi.  Kami terus menuju ke jeti Kuala Perlis. Jika naik feri dari sini hanya lebih kurang 1 jam sahaja perjalanan.  Jadi bagi yang ada mabuk laut tu eloklah naik dari sini.

Semalam En. H dah booking tempat letak kereta berbumbung di area jeti.  Terdapat banyak kawasan letak kereta di sini jadi jangan risau ye kalau pergi hari yang tak peak lah.. sebab kalau hari2 biasa cam ni depa yang cari kita hihihi... kalau hari yg peak macam cuti skolah tu toksah harap lah yer... jenuh hang merayu mesti full... Berbalik pasal booking park keta tadi... sebab kami booking sebab nak dapat hat berbumbung... yang berbumbung di sini limited shj... jadi elok lah booking yer... ini urusan En. H.. dia dah calling2 tuan tanah parking ni nama nya Mak B.  Kalau parking berbumbung ni diorang caj RM15 sehari... kalau yg tak berbumbung RM10.  Sehari tu maksud nya korang amik kenderaan tu sebelum terbenam matahari... memang lah kan... last feri pun pukul 7 malam... tak kan korang seberang berenang pulak ye dak... kiranya kalau kenderaan kita tu sampai esok kat situ kira 2 hari ye... bukan macam hotel hari ni masuk esok keluar tau.

Lepas park kereta lock bagai dan bayar kat kaunter diorang bagi resit.  Simpan yer... Then kami pun bersarapan di kedai yang berdekatan... Kami oder roti canai kosong sahaja... sebab nak cepat kan... rate makanan kat sini sama je cam KL tapi roti canai tu siap2 potong saya tengok n telek awat macam ciput jer... macam separuh... ni portion bebudak sesuai lah... nama kedai tak ingat tapi yg paling dekat dengan tempat parking tadi dan paling hujung.

Setel isi perut, kami beli tiket feri jam 9.30 pagi. Jangan risau perjalanan feri ni kerap sangat.. sejam sekali ada.. Jadi lagi 15 minit nak naik feri ni... kami terus pergi ke pintu terminal dan beratur naik feri.  Soft Reminder hihihi... jangan ikut cara kami kalau pergi time cuti sekolah atau cuti umum ye... semua pun mau awal dan kalau boleh beli siap2 tiket return.  Saya beli 2 dewasa 2 kanak2.  Total RM62 (dewasa RM18 budak RM13). Kalau warga emas atau kerakyatan perlis RM15.

Tiket feri ni tak boleh pilih n macam naik bas ye ikut nombor nak duduk mana... tiket dia auto kira ikut urutan nombor.  Jadi masa masuk tu cari lah seat nombor ikut nombor tiket yer... lepas pintu utama tutup dan banyak kosong bolehlah korang pindah tempat yang selesa lagi2 terpisah sorang kat sana sorang kat sinun...

Pagi ni dalam feri agak kuat ayunan ombak.. kalau duduk seat tengah kompom mabuk laut... kami dapat tepi tingkap jadi dapat tengok luar tak lah terasa sangat ayunan ombak kuat.  Tandas dalam feri ni pun cukup bersih dan selesa... seronok Sye (8 yrs) gi toilet sebab dia kata macam roller coaster... hahahaha tengah berhajat pun seronok yer... hai lah anak...

Di tengah2 perjalanan ada lah jualan makanan dan minuman ringan... biasalah kalau jalan dengan anak2 ni semua nampak sedap nak membeli... ok belilah sorang satu keropok pilihan.  Takdelah mahal sangat macam atas flight... mark up sket2 jer tak pe kita tolong anak bangsa niaga naa....

Sampai jeti Langkawi hampir jam 11 pagi kami terus cari brother yang kami dah deal sewa kereta.  Sewa paling murah lah dah nama pun bajet... kami amik viva RM 50.  Kereta sewa seeloknya booking awal.  Ramai juga penyewa kereta di jeti tapi rasanya mungkin over bajet kami maklumlah kalau last minute ni.  Brother kereta sewa ni pickup kami depan KFC kat jeti. KFC lagi hahaha.... lepas tu kereta yang kami sewa sedia menunggu di kawasan Pekan Rabu.  Menurut brother ni kereta sewa dah tak boleh park kat area jeti sebab terlampau padat... so kami pun... OOoooooo je lah... latest pergi pun 2013 mestilah ada perubahan kan...

Jam 12 t/hari kami cari tempat menginap yang saya booking melalui trivago... saya book area pekan kuah selain banyak kemudahan dan murah... ye lah pergi nak jelajah bukan nak tidur kan... kalau nak tidur pasang aircond kat umah jer hehehe... saya book amara motel RM65 sebab saya pilih extra king bed... perghhhh memang luas lah tilam tu muat sangat kami anak beranak tidur tu pun ada ruang lagi almaklumlar anak2 saya kelingking je dedua huhuhu.  Kalau walk in bilik yang saya pilih tu rm90++.
Memang selesa dan sesuai lah dengan caj... kami dapat bilik L2 dekat sangat dengan reception dan tingkat bawah jer... tak payah panjat2 tangga... wifi pun laju...


Comments

Popular posts from this blog

KL - Perlis Part 1

1 Ogos 2017 Bertolak dari rumah jam 5.30 pagi. Menaiki MPV Laluan PLUS Berhenti solat dan sarapan di R&R Sampai di Arau, Perlis jam 12.30 petang Check in hotel Metro Inn Ulasan saya mengenai hotel ini, hotel yang selesa jika ingin menginap di Arau.  Berdekatan dengan pelbagai kemudahan kerana terletak betul-betul di tengah pekan Arau.  Kami memilih untuk menginap di sini pada hari pertama kerana telah melalui perjalanan yang agak jauh.. jadi kami memilih suite double queen.  Amat selesa dengan tandas yang agak luas.  Boleh Google jika ingin melihat keadaan hotel.  Setelah Encik H membuat tawar menawar yang sangat pakar dalam bidang ini.. kami dapat menginap dengan hanya RM115 sahaja berbanding RM160++.  Jika anak-anak ingin bermain air bolehlah pilih bilik yang mempunyai bath tab dan harga menginap juga berbeza sedikit.  Hotel ini tiada kolam renang. Makan tengahari Kami menjamu perut yang berdangdut di Restoran Yasmeen.  Restoran ini sederet dengan hotel Metro Inn ni s