Skip to main content

KL - Perlis Part 1

1 Ogos 2017

Bertolak dari rumah jam 5.30 pagi.
Menaiki MPV
Laluan PLUS
Berhenti solat dan sarapan di R&R
Sampai di Arau, Perlis jam 12.30 petang

Check in hotel Metro Inn
Ulasan saya mengenai hotel ini, hotel yang selesa jika ingin menginap di Arau.  Berdekatan dengan pelbagai kemudahan kerana terletak betul-betul di tengah pekan Arau.  Kami memilih untuk menginap di sini pada hari pertama kerana telah melalui perjalanan yang agak jauh.. jadi kami memilih suite double queen.  Amat selesa dengan tandas yang agak luas.  Boleh Google jika ingin melihat keadaan hotel.  Setelah Encik H membuat tawar menawar yang sangat pakar dalam bidang ini.. kami dapat menginap dengan hanya RM115 sahaja berbanding RM160++.  Jika anak-anak ingin bermain air bolehlah pilih bilik yang mempunyai bath tab dan harga menginap juga berbeza sedikit.  Hotel ini tiada kolam renang.

Makan tengahari
Kami menjamu perut yang berdangdut di Restoran Yasmeen.  Restoran ini sederet dengan hotel Metro Inn ni so jalan kaki je lah yer... elok excercise ni.  Sebelum sampai restoran ni bagi yang ada anak2 kecil yang bijak membeli belah cam saya... huhuhu bertabahlah... akan jumpa 7E, KFC, Pizza Hut dan kedai2 lain... so kita fokus ye anak2... kita makan makanan utagha tau.. pekena nasi kandaq bak hang.

Selesai menjamu selera... En. H pergi ke UniMap sebab tujuan utama ke sini atas urusan kerja.  Jadi saya dan anak2 pula aktiviti bebas di bilik hotel... ikut depa lah nak kuak lentang berputar rama2 ke cemana... hajat hati saya nak sweet dream tapi tak dapat huhuhu... pening lalat suda... anak2 tamau tido... mementang la mereka dah backup awal2 dalam kereta nohh... jadi aktiviti saya menge'search' tempat2 menarik disini.  Tempat jalan2 dan tempat makan2 yang popular.

Comments

Popular posts from this blog

KL - Perlis - Langkawi

4 Ogos 2017 Seperti yang ditetapkan, pagi2 kami dah check out lebih kurang jam 8.30 pagi.  Kami terus menuju ke jeti Kuala Perlis. Jika naik feri dari sini hanya lebih kurang 1 jam sahaja perjalanan.  Jadi bagi yang ada mabuk laut tu eloklah naik dari sini. Semalam En. H dah booking tempat letak kereta berbumbung di area jeti.  Terdapat banyak kawasan letak kereta di sini jadi jangan risau ye kalau pergi hari yang tak peak lah.. sebab kalau hari2 biasa cam ni depa yang cari kita hihihi... kalau hari yg peak macam cuti skolah tu toksah harap lah yer... jenuh hang merayu mesti full... Berbalik pasal booking park keta tadi... sebab kami booking sebab nak dapat hat berbumbung... yang berbumbung di sini limited shj... jadi elok lah booking yer... ini urusan En. H.. dia dah calling2 tuan tanah parking ni nama nya Mak B.  Kalau parking berbumbung ni diorang caj RM15 sehari... kalau yg tak berbumbung RM10.  Sehari tu maksud nya korang amik kenderaan tu sebelum terbenam matahari... memang l