4 Ogos 2017 Seperti yang ditetapkan, pagi2 kami dah check out lebih kurang jam 8.30 pagi. Kami terus menuju ke jeti Kuala Perlis. Jika naik feri dari sini hanya lebih kurang 1 jam sahaja perjalanan. Jadi bagi yang ada mabuk laut tu eloklah naik dari sini. Semalam En. H dah booking tempat letak kereta berbumbung di area jeti. Terdapat banyak kawasan letak kereta di sini jadi jangan risau ye kalau pergi hari yang tak peak lah.. sebab kalau hari2 biasa cam ni depa yang cari kita hihihi... kalau hari yg peak macam cuti skolah tu toksah harap lah yer... jenuh hang merayu mesti full... Berbalik pasal booking park keta tadi... sebab kami booking sebab nak dapat hat berbumbung... yang berbumbung di sini limited shj... jadi elok lah booking yer... ini urusan En. H.. dia dah calling2 tuan tanah parking ni nama nya Mak B. Kalau parking berbumbung ni diorang caj RM15 sehari... kalau yg tak berbumbung RM10. Sehari tu maksud nya korang amik kenderaan tu sebelum terbenam matahari... memang l